Madu ialah sejenis manisan dihasilkan oleh lebah menggunakan nektar bunga. Kepelbagaian madu terhasil daripada lebah madu (genus Apis) ialah yang paling selalu menjadi rujukan dan jenis madu yang dipungut oleh penternak madu serta kegunaan oleh manusia. Madu yang dihasilkan oleh lebah dan serangga lain mempunyai sifat berlainan.
Lebah madu menukarkan nektar kepada madu melalui proses regurgitasi, dan menyimpan ia sebagai sumber makanan utama dalam lilin sel kom dalam haif mereka. Amalan ternakan lebah menggalakkan penghasilan lebihan madu di haif agar lebihan madu tersebut boleh dituai dari koloni.
Madu mendapat rasa manis daripada fruktosa monosakarida dan glukosa. Ia mempunyai rasa manis hampir sama dengan gula kasar. Ia mempunyai sifat kimia yang menarik sesuai untuk pembuatan roti, dan satu rasa tersendiri yang membuatkan sesetengah orang menyukainya berbanding gula dan pemanis yang lain. Kebanyakan mikroorganisma tidak hidup dan membesar dalam madu kerana kurangnya aktiviti air iaitu 0.6 dalamnya. Namun, madu kadang-kala terkandung endospora dorman bakteria Clostridium botulinum, iaitu berbahaya kepada bayi, kerana endospora itu boleh menukarkan bakteria penghasil racun dalam perut bayi tersebut, seterusnya menyebabkan sakit dan mungkin membawa kepada kematian.
Penggunaan madu dalam sejarah manusia sudah berlaku sejak dahulu kala lagi. Ia digunakan dalam pelbagai jenis makanan dan minuman sebagai pemanis dan (bahan) perisa. Ia juga tersebut dalam kitab al-Quran kitab suci agama Islam, dan sebagai simbol kepada sesetengah masyarakat.
Rasa madu berbeza berdasarkan sumber nektar yang dipungut. Pelbagai jenis dan gred madu berada di pasaran. Madu juga digunakan dalam berbagai jenis perubatan tradisional bagi merawat penyakit. Kajian debunga dan spora dalam madu mentah (melissopalinologi) dapat menentukan jenis sumber flora (bunga) madu tersebut dipungut. Oleh kerana lebah membawa cas elektrostatik, dan boleh menarik zarah-zarah, teknik melissopalinologi yang sama boleh digunakan untuk bidang kajian alam sekitar mengenai zarah radioaktif, debu atau pencemaran partikel bebas.
Sejalan dengan perkembangan dunia yang semakin canggih, dunia pengobatan juga semakin maju dibandingkan dengan cara pengobatan dahulu. Meskipun pengobatan modern terus tumbuh dan berkembang. Namun pengobatan yang sudah tersirat dalam al-Qur'an dan hadits masih tetap mengambil tempat di dalam kehidupan masyarakat Islam.
Menurut Nabi Sallallohu 'Alaihi Wasallam setiap penyakit itu pasti ada obatnya. Sabda Baginda :
Maksudnya : "Berobatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya obat, kecuali satu penyakit, yaitu tua" ( Hadis riwayat Abu Daud)
Beberapa penellitian telah dilakukan terutama kepada bahan dasar alami dari tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Begitu juga dengan madu lebah karena dalam al-Quran sendiri telah menggariskan pelbagai pengajaran dan maklumat penjagaan diri terhadap berbagai macam penyakit, maupun kesehatan jasad atau rohani agar kita dapat mengerjakan segala perintah Alloh dengan teratur.
Firman Alloh dalam surah an-Nahl: (Surah An-NAhl: 69).
Tafsirnya: "Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan."
Rasulullah Sallallohu 'Alaihi Wasallam juga ada berpesan agar seseorang itu berobat dengan madu dan al-Qur'an, Baginda bersabda:
Maksudnya: "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua obat penyembuh yaitu madu dan al-Qur'an." (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Didalam hadits tersebut ternyata madu mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan nilai-nilai utama dalam ilmu kesehatan, yang mempunyai zat-zat besi dan vitamin yang kuat. Di samping itu madu juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga.
Mereka yang mengetahui akan khasiat madu akan menggunakannya secara rutin, hal ini bukan hanya teori tetapi telah dibuktikan dalam beberapa kajian yang telah dilakukan di mana jika diamalkan setiap hari akan mencegah berbagai macam penyakit dan memberi tenaga yang cukup.
Di samping itu madu juga seringkali digunakan untuk sampingan sarapan pagi agar tenaga segera siap digunakan dalam menjalankan kerja harian. Madu juga memiliki aroma enak yang meningkatkan selera, seperti Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga mengamalkannya. Diperkuatkan dengan hadits baginda yang berbunyi:
Maksudnya: "Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasululloh Sallallohu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."
Di samping itu dengan memakan madu juga dapat menyembuhkan batuk-batuk yang menganggu dan dapat mencegah kekejangan pada otot tubuh khususnya pada bagian kaki. Dalam pengobatan tradisional, madu telah dimanfaatkan untuk menyembuhkan luka-luka terbakar pada kulit. Jika diusapkan madu akan dapat mengurangi rasa sakit yang menyengat dan mencegah pembentukan lepuh (mengelupas) dan cepat sekali menyembuhkan daerah yang terbakar. Di samping itu banyak lagi penyakit yang dapat disembukan misalnya hidung tersumbat, anak yang suka kencing malam ( ngompol ) dan cocok untuk bayi yang baru lahir.
Dalam al-Qur'an, hadits-hadits yang disebutkan dan amalan pengobatan tradisional, madu mempunyai keistimewaannya tersendiri. Adalah menjadi suatu amalan yang baik menjadikan madu sebagai obat dan mencegah berbagai penyakit serta menjaga kesehatan.
sumber; http://www.madumulia.com/2013/02/madu-dan-manfaat-madu-menurut-al-quaran.html
Title : Manfaat madu Menurut Al-Quaran an Hadist
Description : Madu ialah sejenis manisan dihasilkan oleh lebah menggunakan nektar bunga. Kepelbagaian madu terhasil daripada lebah madu (genus Apis) ia...
Description : Madu ialah sejenis manisan dihasilkan oleh lebah menggunakan nektar bunga. Kepelbagaian madu terhasil daripada lebah madu (genus Apis) ia...

Madu lebah sangat luar biasa
ReplyDelete